Pagi tadi baru terbaca catatan terkini daripada Kak Kujie. Agak kesian dengan penat lelah Kak Kujie yang membelek-belek semua gerobok-gerobok lama dalam komputer beliau semata-mata nak kibarkan jalur gemilang. Apa yang bestnya.. Kak Kujie memberi kebenaran penuh untuk menyalin dan tampal PAUTAN-PANAS (hotlinking) yang kebiasaannya adalah pantang tok nenek waris jari blogger.
Oleh yang demikian.. untuk penambahbaikan dan sebagai ucapan terima kasih kepada Kak Kujie kerana sudi berkongsi Jalur Gemilang… hari ni saya sisipkan satu tutorial ringkas mengibarkan jalur gemilang di sebelah kanan blog anda dengan mengekalkan PAUTAN-PANAS (hotlinking) dari Kak Kujie. Tetapan boleh dibuat mengikut citarasa masing-masing.
Contoh boleh didapati pada sisi penjuru kanan blog ini. Tetapan yang boleh ditukar adalah – Background-Position. Bermain-mainlah dengan peratus atau tukarkan kepada top dan sebagainya untuk mendapatkan hasil yang anda kehendaki.
body {
background-attachment: fixed;
background-image: url("http://i91.photobucket.com/albums/k300/ku_jie/benderamalaysia.gif");
background-position: 84% 13%;
background-repeat: no-repeat;
}
Seperti biasa.. salin dan tampal kedalam style.css anda. Sila berhati-hati… percubaan anda mungkin akan merosakkan template anda kerana kod diatas akan memintas (override) kod css body sebelumnya. Sekiranya template blog anda mempunyai CSS Khas seperti CUSTOM.css, maka gunakan file ini untuk memintas (override) kod body yang asal. Selamat mencuba!!!


panas2. bab ni, tapi nak buat macam mana, bro dah kasi tutor terbaik ni
akan dicuba.tq
syahrilhafiz recently posted..Review & Jemputan Google Music Beta Kepada Pembaca Blog SyahrilHafiz.Com
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 16th, 2011 at 7:46 am
hahaaha.. position best kene tengok template dan screen. kalau pakai % nanti kalau screen lain.. lain plak duduk dia.. better pakai position – top left atau top right… cam tu baru cam best..
[Reply]
dulu…kak jie copy code setiap entri nak letak bendera kecik tu…
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 16th, 2011 at 7:47 am
erk… kak jie macam bagi ilham untuk saya jer ni… nak buat bendera ni muncul hanya bulan lapan sahaja pon boleh kat entri atau kat mane-mane… kalau nak sila bagi tau :p
[Reply]
code tu dr photobucket – akaun tak berapa aktif….tak de nak limit…sebab tu bagi share..mana de pautan panasnya.
[Reply]
Azman Ishak Reply:
August 16th, 2011 at 8:07 am
saya pon lame sudah tak masuk photobucket. dulu guna photobucket tu sebab letak header blog kak jie tu.. yang gambar intan lukis tu.. haha
[Reply]
Ingatkan tadi pautan panas tu apa….


terima kasih untuk berkongsi. Bolehlah try untuk blog2 saya yang lain.
Baju Kurung Budak recently posted..Jual baju kurung cotton
[Reply]